Spiral Pistachio Cookies
List
Method
1. Dalam mangkuk pengadun, pukul mentega tanpa garam bersama gula kastor dan pes vanila sehingga adunan menjadi ringan, gebu dan sebati.
2. Masukkan susu tepung, tepung gandum, serbuk pistachio dan garam. Gaul sebati.
3. Tuangkan susu segar sedikit demi sedikit dan gaul sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan tidak melekat.
4. Bahagikan doh kepada dua bahagian yang sama banyak.
5. Pada satu bahagian doh, masukkan pistachio butter (AX) dan pistachio butter (X). Gaul sehingga warna dan tekstur sekata.
Proses Menggelek & Membentuk Corak Spiral:
1. Letakkan setiap doh di antara dua keping kertas pembakar (baking paper).
2. Gelek setiap doh menjadi kepingan segi empat sama setebal kira-kira 3mm.
3. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 15 minit sehingga doh mengeras sedikit tetapi masih boleh dilentur.
4. Letakkan kepingan doh pistachio di atas kepingan doh asal (plain).
5. Tekan perlahan-lahan untuk mengeluarkan gelembung udara dan memastikan kedua-dua lapisan melekat sempurna.
6. Gulung doh dengan kemas sehingga menjadi bentuk silinder (log).
7. Simpan dalam peti sejuk beku selama 30–45 minit sehingga cukup keras untuk dipotong.
8. Semburkan sedikit air pada permukaan doh dan golekkan pada pistachio cincang jika mahu tambahan tekstur di luar.
9. Potong doh setebal 1cm setiap keping menggunakan pisau tajam. Lap pisau setiap kali selepas memotong untuk mendapatkan corak spiral yang kemas.
10. Jika doh menjadi lembut semasa proses memotong, masukkan semula ke dalam peti sejuk beku sebentar sebelum sambung memotong.
Recipes Shopping List
Bakers’ Choice – Tepung Gandum
Price range: RM3.75 through RM36.15
Nutoast Pistachio Butter (AX) 100%
Price range: RM76.05 through RM1,681.30
Nutoast Pistachio Kernel Powder
Price range: RM39.66 through RM1,497.60