Recipes
Ketupat Macaron
Package of ingredients to follow step by step
Almond Paste
Italian Meringue
Matcha White Chocolate Ganache
Method
Cara Penyediaan (Almond Paste):
- Kisar gula aising dan tepung badam supaya tekstur lebih halus.
- Ayak gula aising dan tepung badam untuk menghilangkan sebarang ketulan. Bahagikan campuran tersebut kepada 2 bahagian.
- Bahagikan 64g putih telur kepada 2 bahagian, masukkan pewarna dark green + lemon yellow pada satu bahagian putih telur, dan masukkan pewarna apple green pada bahagian putih telur yang satu lagi. Kacau sehingga sebati.
- Tambahkan campuran telur kepada bahan kering setiap satu, gaul sebati.
Cara Penyediaan (Italian Meringue):
- Dalam periuk, satukan air dan gula kastor. Panaskan dengan api sederhana hingga suhu mencapai 115°C. Gunakan termometer gula untuk ketepatan.
- Sementara itu, pukul putih telur dalam mangkuk bersih sehingga terbentuk soft peaks.
- Apabila sirap gula mencapai 118°C, tuangkan perlahan-lahan ke dalam putih telur yang telah dipukul sambil terus memukul pada kelajuan sederhana-tinggi.
- Teruskan memukul sehingga meringue sejuk ke sekitar 40°C dan menjadi berkilat serta membentuk soft peaks.
Cara Penyediaan (Makaron Shell):
- Bahagikan italian meringue kepada 2 bahagian, gaulkan italian meringue ke dalam kedua-dua pes almond secara berperingkat menggunakan spatula. Gaul hingga adunan mengalir seperti lava—bila dijatuhkan, ia harus menyatu kembali dalam 10-15 saat.
- Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan muncung bulat.
- Paipkan adunan dalam bentuk bulatan kecil pada dulang pembakar, kemudian susun untuk membentuk rupa seperti ketupat. Hentak perlahan dulang beberapa kali di atas meja untuk mengeluarkan gelembung udara.
- Biarkan macaron berehat pada suhu bilik selama 30-60 minit atau sehingga terbentuk lapisan kering di permukaan (tidak melekit apabila disentuh).
- Panaskan ketuhar pada suhu 150°C (tanpa kipas).
- Bakar selama 12-15 minit sehingga macaron masak dengan sempurna.
Cara Penyediaan (Matcha White Chocolate Ganache):
- Sediakan coklat putih dan serbuk matcha yang telah diayak dalam mangkuk, cairkan menggunakan double boiler.
- Dalam periuk kecil, panaskan krim putar hingga mendidih.
- Tuangkan krim panas ke atas coklat putih. Biarkan selama 1-2 minit supaya coklat lembut.
- Kacau perlahan sehingga campuran menjadi licin dan sebati sepenuhnya.
- Tambahkan mentega dan kacau sehingga cair dan sebati.
- Biarkan ganache sejuk pada suhu bilik sebelum digunakan. Jika mahu tekstur lebih pekat (untuk piping atau filling), sejukkan dalam peti sejuk selama 1-2 jam.
Siap! Sekarang tinggal nak assemble dan nikmati macaron ketupat yang istimewa! 🎉✨
Recipes Shopping List
Products required for the tutorial.
-17%

Select options
This product has multiple variants. The options may be chosen on the product page
Carma White Nuit Blanche 37%
RM30.50 – RM775.50
Select options
This product has multiple variants. The options may be chosen on the product page

Select options
This product has multiple variants. The options may be chosen on the product page